MENU

Pada 01 Nov 2014, MDTM telah mengadakan hari keluarga bertempat di Kem Damai Tanjong Demong, Besut, Terengganu. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah Dr. Haji Che Hamat Bin Haji Che Muda.Hari Keluarga MDTM yang dianjurkan ini melibatkan Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah. . Tujuan hari keluarga ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan diantara Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sepanjang program ini berlangsung.