MENU

Pada 30 Sep 2014, MDTM telah menganjurkan satu Majlis Program Penerangan dan  Gotong Royong di Bukit Bunga. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi. Program telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah. Taklimat turut disampaikan oleh Pengarah PPSPPA dan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah. Turut diadakan ialah pameran kepada para pengunjung. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan sentiasa bagi mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan Majlis dan masyarakat setempat selain daripada mengindahkan alam sekitar dengan program kebersihan yang dijalankan.