MENU

Pada 15 Mei 2014, Unit Pusat Setempat (OSC) MDTM telah menganjurkan satu seminar permohonan permit pemajuan bagi kawasan Majlis Daerah Tanah Merah. Seminar ini telah diadakan di Dewan Tepi Sungai, Tanah Merah dah telah disertai oleh pemaju-pemaju yang berurusan dengan pihak Majlis. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada pemaju-pemaju akan prosedur dan garis panduan yang ditetapkan oleh Pihak Majlis semasa proses permohonan permit pemajuan. Diharapkan seminar ini dapat memberi manfaat kepada pihak Majlis dan juga pemaju-pemaju khasnya serta penduduk tempatan amnya. Yang Dipertua MDTM telah berbesar hati hadir untuk majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta yang hadir.