MENU

Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengambil tindakan proaktif untuk memaksimumkan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam penyampaian perkhidmatan awam khususnya bagi PBT.

Sistem ePBT yang dibangunkan untuk PBT mengandungi modul pengurusan hasil dan perakaunan yang membantu PBT menjalankan urusan harian.  Sistem yang mempunyai komponen bercirikan Sistem Maklumat Pengurusan (MIS), Pemprosesan Perniagaan dan Aliran Kerja membantu pihak PBT dalam pengurusan kewangan, pentadbiran serta lain-lain operasi.

Sistem ePBT adalah aplikasi menyeluruh terdiri daripada lima sistem utama iaitu modul hasil, perakaunan, aduan, pelaporan SUK serta modul online dan 21 submodul merangkumi komponen yang mewakili semua fungsi dan proses kerja jabatan yang terdapat di PBT dan komponen ini saling berintegrasi antara satu sama lain untuk tujuan penjanaan penyata dan pelaporan.

11 PBT dan SUK Pahang, 10 PBT dan SUK Kedah serta 12 PBT dan SUK Kelantan merupakan PBT yang terlibat dalam peluasan Sistem ePBt Fasa-2.