MENU

Pada 2 Februari 2011 bertempat di Dewan Majlis Daerah Tanah Merah telah diadakan Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan Sebagai Ahli Majlis untuk sesi 2011. Ucapan aluan telah disampaikan oleh YABrs. Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah. Yang Berhormat Tuan Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan telah berbesar hati menyampaikan ucapan amanat kepada Ahli Majlis yang telah dilantik sekaligus merasmikan majlis tersebut. Antara perkara yang ditekankan oleh Yang Berhormat ialah supaya setiap Ahli Majlis menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaiknya demi membawa harapan rakyat. Sekalung tahniah diucapkan kepada Ahli Majlis yang berjaya mengekalkan pelantikan dan yang baru dilantik.