MENU

Pada 15 Januari 2011 bersamaan 10 Safar 1432H, berlangsung kejohanan tenpin boling antara jajahan 2011 yang telah diadakan di Pacific Bowl, KB Mall. Kejohanan pada hari tersebut telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan menyaksikan 15 pasukan bertanding dan beberapa kategori telah dilangsungkan. Antaranya berpasangan VIP dan terbuka bagi lelaki dan wanita sekaligus telah berjaya mengumpulkan seramai 130 kakitangan jabatan negeri Kelantan. Aktiviti ini diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim antara Pegawai  dan kakitangan secara keseluruhan.

Upacara penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB. Dato Seri Setia Raja  Haji Aiseri bin Haji Alias, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YBhg. Datin Seri Setia Raja kepada pemenang bagi kategori VIP dan terbuka  lelaki dan Wanita. Bagi kategori VIP lelaki, Johan disandang oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan naib Johan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK)  manakala VIP wanita, Johan dimenangi oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) dan Naib Johan disandang oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG)

Majis Daerah Tanah Merah selaku Urusetia yang terlibat merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YBhg. Dato Seri Setia Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan isteri  di atas kehadiran bagi memeriahkan kejohanan tersebut. Pihak Urusetia juga mengucapkan  syabas untuk semua, semoga kita  akan terus bersukan dan berusaha demi menjulang kecemerlangan  sukan di  organisasi masing-masing.