MENU

Pada 11 dan 12 Februari 2011 bertempat di Dewan Jubli Perak dan Padang Perdana, Kota Bharu telah berlangsungnya Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan. Karnival sukan ini menyaksikan penyertaan dari 12 PBT di seluruh Negeri Kelantan dan Bahagian Kerajaan Tempatan, SUK. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, bola tampar dan badminton. Tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Tanah Merah yang bergabung dengan Majlis Daerah Machang kerana berjaya menjadi naib johan untuk pertandingan badminton. Objektif utama karnival sukan ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan meningkatkan tahap kerjasama  antara pegawai dan kakitangan di seluruh PBT Kelantan. Sekalung tahniah dan syabas kepada seluruh warga yang menyertai karnival ini kerana berjaya mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Diharapkan acara seperti ini dapat menjadi acara tahunan bagi PBT di Negeri Kelantan.