MENU

Pada 28 September 2011 telah diadakan Majlis Jamuan Raya Peringkat Jajahan Tanah Merah. Majlis Jamuan Raya yang disertai oleh hampir 30 Jabatan di Jajahan Tanah Merah menyediakan pelbagai hidangan dan menu untuk sajian pengunjung yang hadir. Hadir bersama memeriahkan Majlis Jamuan Raya ini ialah YB Hj Abdul Fatah B Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan.