MENU

Pada 1 Oktober 2011, Maybank bersama Majlis Daerah Tanah Merah dan Jabatan Kerajaan telah menganjurkan satu Majlis Gotong Royong di sekitar kawasan Bandar Tanah Merah. Majlis ini telah bermula seawal jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh Ketua Jajahan Tanah Merah, Tuan Haji Zamri bin Ismail. Majlis yang bertemakan 'Bandar Bersih Rakyat Sihat' dapat memberi kesedaran kepada ramai pihak akan kepentingan menjaga kebersihan untuk kepentingan bersama.