MENU

Ggateh Sihat Tanah Merah “ Anak Muda Kelate Bermaruah “ merupakan     program anjuran bersama urusetia Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Kelantan dan Majlis Daerah Tanah Merah. Program berbasikal yang diadakan pada 26 Oktober 2011 ini bertujuan untuk memberi ruang kepada golongan remaja untuk beriadah secara sihat.
 
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan remaja dan dianggarkan 500 peserta yang menyertainya. Perjalanan sejauh 40 km bermula di dewan Majlis Daerah Tanah Merah berjaya ditamatkan oleh peserta.
 
Program ini dirasmikan oleh YB Tuan Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood dan turut hadir YDP Majlis Daerah Tanah Merah, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah, Timbalan Exco Negeri, Ketua Trafik IPD Tanah Merah.

Ggateh Sihat Tanah Merah 'Anak Muda Klate Bermaruah'