MENU

Program DO masuk kampung diteruskan dan destinasi pilihan pada kali ini adalah di Kemahang 3. Terdapat 20 jabatan yang turut serta membuka kaunter bergerak bagi memberi perkhidmatan kepada penduduk setempat. Majlis Daerah Tanah Merah turut membuka kaunter pelesenan untuk memberi kemudahan untuk mendaftar lesen perniagaan, memperbaharui lesen perniagaan dan khidmat nasihat serta kaunter aduan awam disediakan kepada orang ramai.

Program DO Masuk Kampung