MENU

Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Daerah Tanah Merah mengadakan jamuan tahunan pada 25 Oktober, 2011 bagi meraikan ahli-ahli kelab dan keluarga masing-masing. Tetamu VIP yang dijemput pada malam itu adalah terdiri dari Yang Dipertua dan Setiausaha MDTM. Semasa dalam ucapan alu-aluan oleh YDP selaku Penasihat Kelab, beliau mengingatkan kepada semua ahli  supaya dapat menyeimbangkan antara aktiviti kelab dan tugas masing-masing serta mempunyai nilai motivasi yang tinggi bagi mencapai misi dan visi kelab.

Jamuan Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan MDTM 2011