MENU

 

Ruj. Kami          : MDTM/I/197 JLD 1

Tarikh               : 15 April 2019 bersamaan 09 Syaaban 1440 Hijrah

 

IKLAN TAWARAN KERJA SEBUTHARGA

 

1.         Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor yang beralamat di Jajahan Tanah Merah, Kelantan,  berdaftar dengan Majlis Daerah Tanah Merah dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta  Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), mempunyai jenis pendaftaran yang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:

 

Bil

Tajuk Kerja

Taraf / Jenis

Syarikat

Gred

Kategori CE

Pengkhususan

1.

KERJA-KERJA PENYENGGARAAN JALAN PISANG MENGGALA, TANAH MERAH, KELANTAN

BUMIPUTERA

G1

CE 01

 

2.         Butir-butir kerja dan Borang Penyertaan dan Sebutharga boleh didapati di pejabat Majlis Daerah Tanah Merah mulai dari 21-04-2019hingga 24-04-2019pada hari dan waktu berikut:-

 

Ahad hingga Rabu           : 8.15 pagi hingga 12.45 tgh hari

                                                  2.15 ptg hingga 4.00 ptg 

 

Khamis                          : 8.15 pagi hingga 12.45 tgh hari

                                     2.15 ptg hingga 3.00 ptg

 

3.         SESI TAKLIMAT DIWAJIBKAN HADIR.Satu sesi taklimat akan diadakan pada 18-04-2019(KHAMIS)jam 12.00 TENGAHARI di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Tanah Merah.  Kontraktor yang berminat dikehendaki berkumpul di perkarangan Majlis Daerah Tanah Merah bagi tujuan pendaftaran.

 

4.         Kontraktor/wakil dikehendaki membawa PERAKUAN PENDAFTARAN ASAL LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB) dan Sijil Asal Pengiktirafan Taraf Bumiputera semasa mendaftar. (Wakil dikehendaki membawa surat kebenaran bertulis).

 

5.         Borang sebutharga akan dikeluarkan kepada kontraktor yang menghadiri sesi taklimat sahaja.

 

6.         Harga Borang Sebutharga ialah RM 30.00 (Ringgit Malaysia: TIGA PULUH SAHAJA)satu set dan boleh dibeli dengan wang tunai bermula dari tarikh yang disebut di atas. Pastikan satu resit salinan resit bayaran untuk mendapatkan Borang Sebutharga.

 

7.         Borang Penyertaan Sebutharga mestilah diambil selewat-lewatnya sehari sebelum tarikh tutup.

 

8.         Dokumen Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan di tulis No. Sebutharga serta tarikh tutup dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga sebelum atau pada  25-04-2019(KHAMIS) JAM 12.00 TENGAHARIdi pejabat Majlis Daerah Tanah Merah.

 

9.         Pejabat ini tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau sebarang tawaran.

 

10.        Petender yang berjaya sahaja akan diberitahu.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

“RAJA BERDAULAT, RAKYAT SEPAKAT, NEGERI BERKAT”

 

“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

 

 

Saya yang menjalankan amanah,

 

 

Setiausaha,

b.p Yang Dipertua,

Majlis Daerah Tanah Merah.

 

 

s.k        1)         Ketua Whip

            2)         Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah

            3)         Jabatan Kerja Raya Jajahan Tanah Merah

4)         Jabatan Pengairan dan Saliran Jajahan Tanah Merah 

5)         Penolong Akauntan Kanan MDTM