MENU

Majlis Daerah Tanah Merah

  • Ditubuhkan pada tahun 1952 bagi mentadbir bandar Tanah Merah. Keluasannya adalah 1.95 km persegi yang kemudiannya di tambah menjadi 10.4 km persegi pada tahun 1958.

  • Ianya kemudian dinaikkan taraf kepada Lembaga Bandaran Tanah Merah pada tahun 1958.

 

Majlis Tempatan Gual Ipoh

  • Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Gual Ipoh. Keluasannya ialah 7.8 km persegi.

 

Majlis Tempatan Kusial Baru

  • Ditubuhkan pada tahun 1962 bagi mentadbir pekan Kusial Bharu. Keluasannya ialah 2.6 km persegi.

Ketiga-tiga Penguasa Tempatan telah digabungkan pada tahun 1979 dan ditubuhkan Majlis Daerah Tanah Merah di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Selain daripada ketiga-tiga kawasan tersebut, Majlis Daerah Tanah Merah juga merangkumi kawasan yang lain seperti Bukit Bunga, Batang Merbau, Batu Gajah, Kuala Tiga dan Bukit Panau. Luas keseluruhan kawasan ialah 136.6 km persegi.

Kemaskini Terakhir: Selasa, 26 September 2017 - 8:53am