MENU

PIAGAM PELANGGAN SETIAP BAHAGIAN

Bahagian Pentadbiran

  1. Kami berjanji akan memberi layanan yang mesra setiap panggilan dari pelanggan.

  2. Kami akan melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya.

  3. Kami akan memberi respon dan maklumbalas ke atas surat-surat yang diajukan kepada majlis dalam tempoh 1 minggu.

  4. Kami akan memberi perkhidmatan dengan cepat dan tepat ke atas perkhidmatan kakitangan majlis.

  5. Kami akan bersabar serta bersedia menerima cadangan dan teguran dari pelanggan majlis.

Bahagian Kewangan

  1. Bil-bil cukai, lesen, sewaan yang tidak bermasalah akan diproses dalam masa 5 minit

  2. Perkhidmatan yang cepat dan tepat serta layanan mesra yang sopan santun.

  3. Perancangan kewangan dijalankan dengan teliti dan segala peraturan mengenai pengurusan kewangan dipatuhi.

  4. Pembayaran kepada pembekal akan diproses dalam masa 4 minggu.

Bahagian Penilaian

  1. Kami mengeluarkan bil-bil cukai taksiran selewat-lewatnya pada 31hb januari bagi bayaran setengah tahun pertama dan 31hb Julai bagi bayaran setengah tahun kedua setiap tahun.

  2. Kami menerima bayaran cukai taksiran untuk tempoh satu tahun dalam masa bayaran setengah tahun pertama.

  3. Semua bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi dari 5 minit.

  4. Mana-mana bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh kurang dari 5 minit.

  5. Memberi peluang kepada pemilik-pemilik harta yang terkilan untuk membuat rayuan dan bantahan.

  6. Memberi peluang untuk membuat pembayaran tunggakan cukai taksiran yang paling tinggi.

  7. Kami akan member keputusan rayuan taksiran cukai dalam tempoh 6 minggu.

Bahagian Pembangunan dan Kejuruteran

  1. Membaiki kerosakan kecil jalan dalam kawasan Majlils dalam masa 7 minggu.

  2. Permohonan mengorek/menebuk jalan dalam kawasan Majlis akan diluluskan dalam masa 2 minggu.

  3. Membaikpulih kerosakan longkang dalam tempoh 2 minggu.

  4. Segala aduan kerosakan premis Majlis akan diambil tindakan dalam tempoh seminggu.

  5. Kelulusan Perkhidmatan sewaan jentera/khemah/paying/meja dan kerusi dalam tempoh 1 hari.

Bahagian Pelesenan Kebersihan Dan Keindahan Bandar

  • Memastikan permohonan-permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan dikeluarkan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori jenis lesen seperti berikut :

Bil

Jenis Lesen

Jenis Permohonan

Baru

Pembaharuan

 1.

 Lesen Sementara Premis

Serta-merta

Tiada

 2.

 Lesen Komposit

  • Lesen Premis Dan Iklan Papantanda
  • Lesen Premis Hotel
  • Lesen Premis

 

30 Hari
30 Hari
30 Hari

 

Automatik
21 Hari
Automatik

 3.

 Lesen Iklan

  • Lesen Ikalan Papantanda Sahaja
  • Lesen Iklan Tiang Lampu
  • Lesen Iklan Sepanduk
  • Lesen Iklan Belon
  • Lesen Iklan Paparan Sementara
  • Lesen Paparan Iklan Luar

 

21 Hari

14 Hari
14 Hari
21Hari
30 Hari

 

Automatik

Tiada
Tiada
Tiada
14 Hari
Automatik

 4.

 Lesen Tempat Letak Kereta Persendirian

30 Hari

Automatik

 5.

 Lesen Pelbagai

  • Lesen Pelelong
  • Lesen/Ekspo/Promosi/Pameran

 

7 Hari
14 Hari

 

Tiada
Tiada

  1. Kelulusan permohonan ruang niaga dan pindah milik akan diproses dalam tempoh 4 minggu dari permohonan diterima dengan syarat permohonan lengkap dan mematuhi syarat.

  2. Perkhidmatan pungutan sampah akan dilakukan 3 kali seminggu bagi kawasan perumahan dan luar pusat bandar manakala pusat bandar setiap hari.

  3. Pembersihan longkang akan dilakukan sebulan sekali bagi satu-satu kawasan.

  4. Perkhidmatan memotong rumput akan dilakukan 2 kali sebulan bagi satu-satu kawasan.

  5. Sebarang aduan berkaitan kebersihan,keindahan dan yang berkaitan akan diambil tindakan dalam tempoh 7 hari setelah aduan rasmi diterima