MENU

OPERASI LESEN OLEH MAJLIS DAERAH TANAH MERAH DI PASAR BORONG TANAH MERAH
15 Ogos 2018 bersamaan 03 Zulhijjah 1439H
Majlis Daerah Tanah Merah melalui Bahagian Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Kesihatan Awam serta Bahagian Perundangan telah mengadakan operasi lesen bertempat di Pasar Borong Tanah Merah. 
Menurut sumber MDTM, sebanyak 6 notis dan 3 kompaun dikeluarkan atas kesalahan berniaga selain barangan yang dilesenkan, menempatkan barangan melebihi had gerai dan berniaga tanpa lesen.
MDTM turut menasihatkan kepada orang ramai yang ingin berniaga supaya mematuhi arahan dan peraturan – peraturan yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kesulitan pada masa hadapan.
Operasi yang bermula pada jam 10.00 pagi tersebut berakhir pada jam 12.30 tengahari.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 September 2019 - 4:33pm