MENU
Majlis Daerah Tanah Merah telah menyediakan tapak pasar ramadan yang lebih sempurna bertempat di "Dataran Remah" bersebelahan Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah, Jalan Pechong. Kawasan seluas 32,000 kaki persegi ini telah dimajukan dan pihak Majlis telah menyediakan 160 petak untuk peniaga dan masih lagi terdapat kekosongan.
Dataran Remah disediakan bagi memberi kemudahan kepada peniaga untuk menjalankan perniagaan di bulan Ramadan. Kemudahan infrastruktur  yang telah disediakan seperti pelebaran jalan, kemudahan tempat letak kereta dan jalan susur keluar melalui Pejabat Pendaftaran untuk kemudahan lalulintas. Surau Nik Daud Al-Fathani yang terletak berdekatan bagi memberi kemudahan kepada peniaga dan orang ramai untuk mengerjakan solat.
Langkah-langkah ini diambil oleh pihak MDTM bagi mengelakkan kesesakan lalulintas yang berlaku sebelum ini di tapak pasar Ramadan yang bertempat di perkarangan dewan MDTM dan di Taman Barakah.

Tapak Pasar Ramadan yang baru ini juga diharapkan dapat mengurangkan aduan masyarakat dan boleh   digunakan untuk pelbagai aktiviti lain bagi kemudahan orang ramai terutamanya selepas bulan Ramadan nanti.

Pasar Ramadan Tanah Merah

Kemaskini Terakhir: Isnin, 21 September 2020 - 4:00pm