MENU

Berlandaskan MOTO ‘Kebersihan Tanggungjawab Bersama', pihak Majlis Daerah Tanah Merah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan kawasan Zon Bersih di Tanah Merah.

Kawasan Zon Bersih ini berkonsepkan kawasan bebas daripada sampah-sarap, sisa buangan, sisa pepejal dan lain-lain yang berkaitan seperti keadaan infrastruktur yang baik dan berfungsi, kemudahan awam yang baik dan bersih serta persekitaran yang indah.

Kawasan Zon Bersih ini bertumpu di kawasan Bandar Tanah Merah. Pihak Majlis berharap agar pelaksanaan Zon Bersih ini dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dikalangan semua pihak terutamanya penduduk setempat dalam memartabatkan Tanah Merah sebagai kawasan yang bersih, indah dan ceria.

Pelaksanaaan Zon Bersih Di Tanah Merah

Sila klik pada gambar untuk besarkan

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 November 2017 - 12:56pm