MENU

Pada 26 Mei 2011 bermula jam 8.00 pagi, Majlis Daerah Tanah Merah telah mengadakan Program Gotong Royong Perdana 2011. Lokasi gotong royong adalah di sekitar pusat bandar Tanah Merah yang telah dibahagikan kepada 5 Zon. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Ab. Fattah bin Mahmood selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO telah mendapat penyertaan daripada Pasukan Polis, MDTM, Kesihatan, AJK Masjid, RELA, Tentera, wakil Penghulu, Ahli Majlis, PPD, Bergema Properties, PAS dan Rukun Tetangga. Cabutan bertuah juga disediakan kepada peserta yang terlibat.

Program Gotong Royong Perdana 2011

 

Program Gotong Royong Perdana 2011

Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 September 2019 - 4:33pm