MENU

PEMADAM Tanah Merah telah menerima pengiktirafan dari PEMADAM Kebangsaan apabila dipilih selaku penerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik bagi tahun 2017. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada  Perhimpunan Agung Tahunan PEMADAM  Kebangsaan kali ke 42 di Dewan Merdeka PWTC  pada 17 Disember 2017. Anugerah tersebut telah diterima oleh Yang Amat Berusaha Ketua Jajahan Tanah Merah merangkap Pengerusi PEMADAM Jajahan Tanah Merah. Pengerusi PEMADAM Tanah Merah berharap agar PEMADAM Jajahan Tanah Merah dapat meningkatkan komitmen dan gerak kerja pada tahun yg akan datang bagi memastikan gejala dadah dpt diperangi habis habisan sebagaimana komitmen kerajaan terhadap masalah dadah yg dianggap sebagai musuh nombor 1 negara. Selamat maju jaya PEMADAM Tanah Merah dan tahniah atas pengiktirafan yg diterima.

   

 

Kemaskini Terakhir: Isnin, 17 September 2018 - 12:26pm