MENU

Pada 18 Februari 2011, Kelab Sukan dan Kebajikan MDTM (KSK) telah menganjurkan aktiviti ekspedisi bermotor dari Tanah Merah ke Tasik Banding. Sebanyak 60 buah motosikal kakitangan MDTM telah menyertai ekpedisi tersebut. Pihak KSK telah menjemput peserta TM Bikers (Kelab Motor Berkuasa Tinggi dari Tanah Merah) yang bertindak sebagai Marshall bagi melancarkan perjalanan ekpedisi tersebut. Pihak urusetia juga mengadakan aktivti di kolam renang Banding Lake Side Inn pada sebelah petang diikuti program BBQ  pada sebelah malam. Ekspedisi ini adalah bertujuan untuk melahirkan kakitangan yang aktif, berdisiplin dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan ahli Kelab Sukan dan Kebajikan MDTM.

Kemaskini Terakhir: Isnin, 23 September 2019 - 4:33pm