MENU

Majlis Daerah Tanah Merah ingin mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :-

1. PEMBANTU TADBIR (N19)
2. PEMANDU KENDERAAN (H11)
3. PEMBANTU AWAM (H11)

*Sila klik disini untuk muat turun fail bagi mengetahui kelayakan dan deskripsi tugas bagi jawatan yang dipohon.

 

CARA MEMOHON

 

a.         Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang boleh didapati di Majlis Daerah Tanah Merah dengan harga RM3.00. Pembelian melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos di atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Tanah Merah beserta sampul surat saiz A4, beralamat sendiri dan bersetem RM1.00.

 

b.         Satu permohonan jawatan sahaja boleh diisi menggunakan satu Borang Permohonan sahaja.

 

c.         Borang permohonan hendaklah ditandatangani dan disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Persekolahan, Sijil/Diploma/Ijazah yang berkaitan, keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan lain-lain dokumen pengesahan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon yang telah disahkan.

 

d.         Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama dengan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi.

 

            e.         Alamat Permohonan  :    

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

17500 TANAH MERAH

KELANTAN

 

            f.        28 NOVEMBER 2017 (SELASA), Tarikh Tutup Permohonan Bagi Jawatan Berikut:

                                             1. PEMBANTU TADBIR (N19)
                                             2. PEMANDU KENDERAAN (H11)
                                             3. PEMBANTU AWAM (H11)

 

     Catatan Am 

  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat akan ditolak
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
  • Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.
  • Tarikh Iklan Disiarkan        :   16 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
  • Tarikh Tutup Iklan               :  28 NOVEMBER 2017 (SELASA)
Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 November 2017 - 12:56pm