MENU

 

logo MDTM

TAWARAN PENYEWAAN BANGUNAN

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH

 

1.      Adalah dimaklumkan bahawa tawaran tersebut di atas adalah dipelawa     warganegara Malaysia yang berminat untuk menyewa bangunan Majlis Daerah Tanah Merah sepertimana berikut:-

  • ARKED MDTM LOT 158, MUKIM BANDAR TANAH MERAH (Hadapan Syarikat Muda Osman)
  • KIOSK DAN TANDAS AWAM DALAM TAMAN BENTARA (Hadapan Sek. Keb. Yuk Cheng).
  • 2 UNIT GERAI PAJAKAN JALAN TANAH MERAH PASIR MAS (Bersebelahan Restoran Selesa).

2.      Mereka yang berminat bolehlah membuat permohonan melalui surat permohonan /Borang BPG 1 yang boleh di dapati di Bahagian Sewaan Majlis Daerah Tanah Merah atau boleh memuat turun dari laman web Majlis Daerah Tanah Merah.

3.      Pemohon dikehendaki mengemukakan bersama dengan borang permohonan,   dokumen-dokumen yang berikut:-

  • a) Satu salinan Perakuan Pendaftaran Perniagaan/Syarikat (SSM)
  • b) Satu salinan Kad Pengenalan
  • c) Salinan 3 bulan Penyata Akaun Bank pemohon yang terkini
  • d) Surat-surat sokongan, kursus dan latihan (Jika Ada)

4.      Borang permohonan hendaklah diserahkan kepada Bahagian Sewaan Gerai Majlis Daerah Tanah Merah.

*Sila klik pada Borang BPG 1 untuk muat turun .

Kemaskini Terakhir: Khamis, 16 November 2017 - 12:56pm