MENU

Lokasi

Terletak kira-kira 65 km dari bandar Kota Bharu. Dari bandar Tanah Merah, melalui jalan tempatan (D26) sejauh kira-kira 10 km ke simpang Kg. Gual Ipoh. Simpang kiri (D197) adalah pintu masuk ke Kg. Blok Ulu Kusial kira-kira 4 km.

Tarikan

Aktiviti homestay Blok Ulu Kusial bermula sekitar tahun 1996 di bawah kelolaan KESEDAR yang melibatkan lebih daripada 30 keluarga. Diliputi topografi yang berbukit-bukau dan persekitaran lingkungan alam semulajadi serta budaya setempat diolah menjadi aktiviti homestay yang unik.

Mendapat sambutan di kalangan pelancong tempatan dan luar terutamanya pelancong dari Jepun dan Korea. Aktiviti yang dianjurkan adalah menarik dengan pelbagai keunikan budaya dan cara hidup masyarakat seperti pengalaman menoreh getah, menangkap ikan, kebun buah-buahan, mendaki bukit dan lain-lain lagi

Kemaskini Terakhir: Selasa, 26 September 2017 - 8:53am