MENU

1. Akta Kerajaan Tempatan, 1976 (Akta 171)

Memberikan Perkhidmatan-perkhidmatan Bandar yang cekap dan berkesan:

  1. Pengurusan Sisa Pepejal
  2. Pembersihan dan Pengindahan Kawasan
  3. Penyenggaraan Parit & Longkang
  4. Pembinaan & Penyelenggaraan Jalan
  5. Penyelenggaraan Bangunan-Bangunan Awam
  6. Penyelenggaraan Tempat-Tempat Awam
  7. Perlindungan & Pengawalan Kesihatan Awam
  8. Penyelenggaraan Tanah-Tanah Perkuburan

 Mengurus dan Mengawal Segala Peruntukan Kewangan Yang Diterima:

  1. Cukai Taksiran
  2. Bayaran-Bayaran Lesen & Denda
  3. Geran Pelancaran
  4. Geran Tahunan Menggunakan Kaedah Keseimbangan
  5. Geran untuk Projek-Projek Pembangunan
  6. Geran Penyenggaraan Jalan

 Melaksanakan Projek-Projek Pembangunan Di Peringkat Tempatan:

  1. Perumahan
  2. Perindustrian & Perdagangan
  3. Kemudahan-Kemudahan Rekreasi
  4. Infrastruktur Bandaran

2. Akta Perancang Bandar Dan Desa (Akta 172)

 Memainkan Peranan Sebagai Pihak Berkuasa Perancang Tempatan Bagi   Kawasan Pentadbirannya:

  1. Mengatur , Mengawal dan Merancang Pemajuan dan Penggunaan Semula Tanah dan bangunan dalam kawasannya.

3. Akta Jalan Parit Dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

  1. Meluluskan Pelan Bangunan
  2. Mengawal untuk memastikan kerja-kerja tanah yang dilaksanakan mengikut kehendak-kehendak yang ditetapkan.
  3. Memastikan pembinaan sesuatu bangunan adalah mengikut pelan yang diluluskan.
  4. Memastikan penggunaan sesuatu bangunan adlalah seperti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  5. Mengawal penggunaan bahan-bahan mudah terbakar dalam pembinaan sesuatu bangunan.
  6. Penyediaan infrastruktur untuk sesuatu pemajuan.
  7. Kawalan ke atas bangunan yang berada di dalam keadaan bahaya.
  8. Pemeriksaan berjadual ke atas bangunan-bangunan yang sudah siap mengeluarkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CFO)

4. Akta Pengangkutan Jalan 1987 – Perintah (Tempat-Tempat Letak Kereta

Perintah Pengangkutan Jalan telah diwartakan di bawah Seksyen 72 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Undang-undang ini telah berkuatkuasa pada 1 Januari 1988. Antara kesalahan-kesalahan di bawah peruntukan uandang-undang ini adalah seperti berikut:

  1. Membenarkan atau meletak kenderaan di mana-mana tempat letak kereta tanpa kebenaran, melainkan mempunyai resit daripada atenden bagi menunjukkan pembayaran telah dibuat.
  2. Terus membenarkan atau meletak kenderaan di lot parking selepas tamat tempoh masa yang dibenarkan dalam resit rasmi yang dikeluarkan oleh atendan MDTM.