Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Sesungguhnya kecemerlangan sebuah oganisasi itu lahir dari warga kerja yang berwibawa dan penyusunan kerja yang bersistematik. Saya berbangga dalam pelaksanaan 5s ini, hala tuju kita tidak tersasar malah kualiti kerja semakin cemerlang.
Saya berharap, semangat permuafakatan dan musyawarah yang diharapkan hendaklah disemarakkan dengan rancangan strategi dan pelaksanaan program 5s demi meningkatkan prestasi dan produktiviti.
Akhir kata, saya ucapkan syabas kepada semua warga kerja MDTM yang bersama-sama menggembeleng tenaga dalam menjayakan program 5s dan menjadikan MDTM organisasi yang gemilang.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Tengku Adli Bin Tengku Abdullah
YDP Majlis Daerah Tanah Merah.