Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
A- A A+

Soalan Lazim

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Senarai Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Majlis Dan Laman Web.

Soalan 1:

Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Jawapan:

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Soalan 2:

Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Jawapan:

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

Soalan 3:

Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?

Jawapan:

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

Soalan 4:

Jika pihak yang bertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?

Jawapan:

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Soalan 5:

Apakah warna tong kitar semula?

Jawapan:

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

  • Warna Biru - Untuk kertas

  • Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastik

  • Warna Coklat - Untuk kaca

Soalan 6:

Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

Jawapan:

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

Soalan 7:

Apakah yang menyebabkan berlakunya demam denggi?

Jawapan:

Virus denggi.

Soalan 8:

Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?

Jawapan:

Nyamuk Aedes.

Soalan 9:

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

Jawapan:

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

  • Majis/Dewan Bandaraya
  • Majlis Perbandaran
  • Majlis Daerah

Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen?

  1. Satu keping gambar berwarna berukuran passport
  2. Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
  3. Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja )
  4. Sijil suntikan kesihatan (ty2) untuk pelesen & pembantu-pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja)
  5. Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan setengah tahun kedua 2009
  6. Lesen asal 2010/ lesen papan iklan 2010
  7. Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM)
  2. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan lesen premis dengan mengemukakan bersama dokumen pra-syarat seperti berikut :
  • 1 Salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan
    (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan & pemilik)
  • 1 Salinan kad pengenalan / pasport pemohon
  • 1 Visual iklan papan tanda berwarna dan gambar lokasi pemasangan iklan (Jika berkenaan)

Syarat-Syarat Kelulusan

  1. Premis yang di gunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat asas Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan perancang atau Perintah pembangunan(development order- DO)
  2. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas bahagian Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan dan sijil layak menduduki bangunan (CF / TCF)
  3. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak asas Jabatan Kesihatan
  4. Premis yang digunakan hendaklah mematuhi dan memenuhi syarat dan kehendak keselamatan Jabatan bomba Malaysia

    Mengadakan Sistem Kawalan Keselamatan Kebakaran
    • Bangunan di tingkat satu keatas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan
    • Premis untuk kegunaan bagi aktiviti- aktiviti perniagaan tertentu seperti premis untuk hiburan hendaklah mendapat sokongan Jabatan Polis

Syarat-Syarat Lesen

  1. Premis perniagaan yang dilesenkan hendaklah digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatit dalam lesen
  2. Lesen perniagaan hendaklah sentiasa di pamerkan di tempat / di dinding yang mudah di lihat
  3. Aktiviti perniagaan hendaklah di jalankan dalam premis sahaja dan dilarang sama sekali menggunakan kaki lima atau kawasan persekitaran.
  4. Bangunan premis yang di lesenkan tidak boleh diubahsuai tanpa kebenaran. Sila hubungi Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan untuk tujuan tersebut
  5.  Kebersihan hendaklah sentiasa dijaga samada didalam /di luar bangunan
  6. Mengambil langkah-langkah tertentu untuk memastikam aktiviti perniagaan yang di jalankan tidak mendatangkan pencemaran alam sekitar, kacauganggu bunyi, bau busuk dan halangan.
  7. Tong sampah yang mencukupi di sediakan dan sampah sarap hendaklah di masukkan ke dalam beg-beg plastik sebelum di buang ke dalam tong
  8. Pemeliharaan binatang di dalam premis seperti anjing, kucing, ayam dan sebagainya adalah di larang

Sebarang pertanyaan lanjut boleh emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

QR CODE

Image
"Bersama Cemerlang Komuniti Gemilang"

MAJLIS DAERAH TANAH MERAH,
17500 Tanah Merah, Kelantan

T (+609) 955 6023 
   (+609) 955 6026 

F (+609) 955 6826

Web: mdtanahmerah.gov.my
Email: mdtm (at) kelantan.gov.my

Kaunter Pelawat

Today153
Yesterday505
This week3347
This month3781
Total143686

2024-09-08
Tarikh Kemaskini Terakhir: 07-09-2024, 04:59 PM
© Copyright 2023 Unit Teknologi Maklumat,
Majlis Daerah Tanah Merah
. All Rights Reserved.

Majlis Daerah Tanah Merah

Search

Statistik Aduan Awam Yang Diterima Oleh Semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan
KELGOV PPST
epenyertaan Dasar Privasi