Piagam Pelanggan
PIAGAM PELANGGAN MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
-
Kutipan sampah akan dilakukan setiap hari
-
Keputusan mendiri bangunan/pecah sempadan dan ubah syarat dalam tempoh 108 hari
-
Keputusan permohonan Sijil Kelayakan Duduk dalam tempoh 2 minggu
-
Keputusan permohonan lesen premis perniagaan-perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 4 minggu
-
Pembayaran cukai takiran, caruman membantu kadar dan tempat letak kereta dalam tempoh 5 minit
-
Keputusan permohonan penyewaan peralatan Majlis Daerah Tanah Merah dalam tempoh 15 minit
-
Memberi jawapan kepada aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja hingga 30 hari bekerja bergantung kepada skala setiap kes
-
Kami berjanji semua undang-undang yang terpakai di kawasan Majlis akan dikuatkuasakan dengan adil bertujuan memastikan pembangunan terancang, kebersihan dan keindahan dapat dikekalkan dengan sebaik mungkin
Bahagian Pentadbiran
-
Kami berjanji akan memberi layanan yang mesra setiap panggilan dari pelanggan.
-
Kami akan melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya.
-
Kami akan memberi respon dan maklumbalas ke atas surat-surat yang diajukan kepada majlis dalam tempoh 1 minggu.
-
Kami akan memberi perkhidmatan dengan cepat dan tepat ke atas perkhidmatan kakitangan majlis.
-
Kami akan bersabar serta bersedia menerima cadangan dan teguran dari pelanggan majlis.
Bahagian Kewangan
-
Bil-bil cukai, lesen, sewaan yang tidak bermasalah akan diproses dalam masa 5 minit
-
Perkhidmatan yang cepat dan tepat serta layanan mesra yang sopan santun.
-
Perancangan kewangan dijalankan dengan teliti dan segala peraturan mengenai pengurusan kewangan dipatuhi.
-
Pembayaran kepada pembekal akan diproses dalam masa 4 minggu.
Bahagian Penilaian
-
Kami mengeluarkan bil-bil cukai taksiran selewat-lewatnya pada 31hb januari bagi bayaran setengah tahun pertama dan 31hb Julai bagi bayaran setengah tahun kedua setiap tahun.
-
Kami menerima bayaran cukai taksiran untuk tempoh satu tahun dalam masa bayaran setengah tahun pertama.
-
Semua bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi dari 5 minit.
-
Mana-mana bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh kurang dari 5 minit.
-
Memberi peluang kepada pemilik-pemilik harta yang terkilan untuk membuat rayuan dan bantahan.
-
Memberi peluang untuk membuat pembayaran tunggakan cukai taksiran yang paling tinggi.
-
Kami akan member keputusan rayuan taksiran cukai dalam tempoh 6 minggu.
Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan
-
Membaiki kerosakan kecil jalan dalam kawasan Majlils dalam masa 7 minggu.
-
Permohonan mengorek/menebuk jalan dalam kawasan Majlis akan diluluskan dalam masa 2 minggu.
-
Membaikpulih kerosakan longkang dalam tempoh 2 minggu.
-
Segala aduan kerosakan premis Majlis akan diambil tindakan dalam tempoh seminggu.
-
Kelulusan Perkhidmatan sewaan jentera/khemah/paying/meja dan kerusi dalam tempoh 1 hari.
Bahagian Pelesenan Kebersihan Dan Keindahan Bandar
- Memastikan permohonan-permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses dan dikeluarkan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori jenis lesen seperti berikut :