Latar Belakang
Pengenalan
Majlis Daerah Tanah Merah terletak 3 KM dari utara dari tebing Sungai Kelantan, dengan keluasan yang meliputi kira-kira 2, 993.10 hektar.Pejabat Pentadbiran MDTM terletak di :
Majlis Daerah Tanah Merah,
17500 Tanah Merah,
Kelantan.
Tel : 09-9556026 / 9556023
Faks : 09-9556826
Sejarah Ringkas
Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km. persegi.
Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.
Berdasarkan kepada keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, ianya menjadikan keluasan pentadbiran Majlis kepada 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk majlis terdiri dari komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, kaum Cina 3% dan kaum India 1%.