TANAH MERAH, 2 APRIL 2026 (KHAMIS) – YABrs Tuan Yang Dipertua, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Tanah Merah turut serta dalam Majlis Solat Istisqa’ bertempat di Dataran Majlis Daerah Tanah Merah pada pagi ini.
Solat Istisqa’ ini diadakan sebagai usaha bersama memohon agar diberikan keberkatan dan diturunkan hujan daripada Allah SWT semasa dalam tempoh kemarau panjang ini.
Penglibatan dalam program seumpama ini mencerminkan komitmen pihak Majlis Daerah Tanah Merah dalam menggalakkan penghayatan nilai-nilai kerohanian di samping memperkukuhkan hubungan silaturahim antara kakitangan Majlis dengan masyarakat setempat.
Majlis berakhir dengan bacaan doa agar daerah Tanah Merah dan seluruh kawasan sekitarnya dikurniakan hujan yang membawa manfaat serta kesejahteraan kepada rakyat.