Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) terletak 3 km ke utara dari tebing Sungai Kelantan, dengan keluasan kira-kira 2,993.10 hektar.

  • 1979Ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171)
  • 867.67 km²Kawasan pentadbiran sejak diwartakan pada 1 September 2005
  • 103,487Penduduk: Melayu 95%, Cina 3%, India 1%

Sejarah ringkas

Majlis Daerah Tanah Merah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979 di bawah Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) dengan kawasan yang diwartakan seluas 136.60 km persegi.

Penubuhan ini dibuat dengan penyusunan semula beberapa kawasan untuk diletakkan di bawah satu pentadbiran, iaitu gabungan tiga Penguasa Tempatan yang sedia ada serta beberapa pusat pertumbuhan ekonomi yang lain di jajahan ini.

Berdasarkan keluasan kawasan Majlis yang diwartakan pada 1 September 2005, keluasan pentadbiran Majlis menjadi 867.67 km persegi dengan jumlah penduduk seramai 103,487 orang. Penduduk Majlis terdiri daripada komposisi kaum utama iaitu Melayu 95%, Cina 3% dan India 1%.

Pejabat pentadbiran

Majlis Daerah Tanah Merah
17500 Tanah Merah, Kelantan
Tel: 09-955 6026 / 09-955 6023
Faks: 09-955 6826