Permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan Majlis Daerah Tanah Merah.
Baharui lesen & permit melalui WhatsAppUnit Pelesenan 011-1888 6026: semak status, terima e-bil, bayar tanpa tunai dan terima resit digital, tanpa ke kaunterBorang permohonan lesen perniagaan kompositPDF · untuk dihantar di kaunterPembangunan & kebenaran merancangSenarai semak dan borang di Facebook OSC MDTM
Dokumen untuk memperbaharui lesen
- Sekeping gambar berwarna berukuran pasport
- Salinan resit bayaran pemeriksaan alat pemadam api (bomba)
- Salinan sijil kursus asas pengendali makanan yang sah (perniagaan makanan & minuman sahaja)
- Sijil suntikan kesihatan (TY2) untuk pelesen dan pembantu (perniagaan makanan & minuman sahaja)
- Salinan bil cukai taksiran yang telah dijelaskan
- Lesen asal / lesen papan iklan tahun sebelumnya
- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
Syarat permohonan
- Syarikat perniagaan atau perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Permohonan dibuat menggunakan borang permohonan lesen premis bersama dokumen berikut: 1 salinan pendaftaran syarikat / perniagaan / pertubuhan (Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik), 1 salinan kad pengenalan / pasport pemohon, dan visual iklan papan tanda berwarna serta gambar lokasi pemasangan iklan (jika berkenaan).
Syarat kelulusan premis
- Mematuhi syarat asas Jabatan Perancang dan mempunyai kelulusan perancangan atau Perintah Pembangunan (development order, DO).
- Mematuhi syarat Kawalan Bangunan dan mempunyai kelulusan pelan bangunan serta sijil layak menduduki (CF / TCF).
- Mematuhi syarat asas Jabatan Kesihatan.
- Mematuhi syarat keselamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta mengadakan sistem kawalan keselamatan kebakaran. Bangunan tingkat satu ke atas yang mempunyai tangga tunggal tidak dibenarkan menjalankan perniagaan. Premis untuk aktiviti tertentu seperti hiburan hendaklah mendapat sokongan Polis.
Syarat lesen
- Premis digunakan untuk aktiviti perniagaan seperti yang tercatat dalam lesen sahaja.
- Lesen hendaklah sentiasa dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.
- Perniagaan dijalankan dalam premis sahaja; kaki lima atau kawasan persekitaran tidak boleh digunakan.
- Premis berlesen tidak boleh diubah suai tanpa kebenaran.
- Kebersihan dijaga di dalam dan di luar bangunan.
- Aktiviti perniagaan tidak mendatangkan pencemaran, kacau ganggu bunyi, bau busuk atau halangan.
- Tong sampah yang mencukupi disediakan dan sampah dimasukkan ke dalam beg plastik sebelum dibuang ke dalam tong.
- Binatang seperti anjing, kucing dan ayam tidak boleh dipelihara di dalam premis.
Pertanyaan lanjut: