Soalan lazim berkaitan Majlis dan perkhidmatannya. Klik soalan untuk melihat jawapan.

Adakah semua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Semua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal, dan menyalurkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu atau masalah di dalam kawasan PBT?

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

Adakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) dipungut sekerap pungutan sampah biasa?

Sampah pukal dipungut sekali seminggu sahaja.

Jika pihak yang bertanggungjawab tidak melaksanakan kerja pembersihan sampah, apakah tindakan yang boleh diambil?

Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran supaya tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.

Apakah warna tong kitar semula?
  • Biru: kertas
  • Jingga: tin aluminium, tin keluli dan plastik
  • Coklat: kaca
Bilakah Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

Apakah yang menyebabkan demam denggi?

Virus denggi.

Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?

Nyamuk Aedes.

Apakah perbezaan antara Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)?

PBT di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori: Majlis/Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.

  • Majlis/Dewan Bandaraya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf setelah memenuhi kriteria tertentu: penduduk melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.
  • Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar: penduduk melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.
  • Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar: penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada RM5 juta.
Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa memperbaharui lesen?

Senarai dokumen serta syarat permohonan dan kelulusan lesen ada di halaman Pelesenan.

Soalan lain? Emel Alamat e-mel ini dilindungi daripada bot spam. Anda perlu mengaktifkan JavaScript untuk melihatnya. atau isi Borang Maklum Balas.