Tujuan

Dasar e-Penyertaan bertujuan memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM). MDTM mengiktiraf penglibatan awam untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat dan penyelesaian yang boleh meningkatkan keputusan dan perkhidmatan, serta asas bagi dialog dan tadbir urus yang lebih baik.

Objektif

Melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui teknologi maklumat dan komunikasi. Saluran yang digunakan termasuk survei atas talian, maklum balas pertanyaan, undian, emel dan media sosial MDTM.

Terma dan syarat penyertaan

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum, agama dan politik dilarang sama sekali.
  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi atau mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta lain.
  3. Kawal kenyataan anda; elakkan bahasa kesat dan kenegerian.
  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  5. Topik dan pautan ke laman web lucah dilarang sama sekali.
  6. Pastikan kenyataan atau topik anda tidak melanggar undang-undang hak cipta, cap dagangan, paten dan lain-lain.
  7. Dilarang menggunakan ruangan e-Penyertaan untuk peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai atau emel sampah, sama ada secara komersial atau sebaliknya.
  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail yang mengandungi virus komputer (seperti Trojan horse, worm, time bomb) atau perisian yang boleh merosakkan komputer pengguna lain.
  9. Pentadbir ruangan e-Penyertaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan dalam ruangan ini. Sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan ditanggung oleh individu itu sendiri.
  10. Pentadbir berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan atau topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan penulisnya.
  11. Pentadbir berhak meminda polisi dan garis panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa notis.
  12. Dengan menyertai atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan, anda terikat dengan terma dan syarat garis panduan ini.