Janji Majlis Daerah Tanah Merah kepada pelanggan. Pencapaian setiap bulan dilaporkan dalam Pencapaian Piagam Pelanggan.
Piagam Pelanggan Majlis Daerah Tanah Merah
- Kutipan sampah akan dilakukan setiap hari.
- Keputusan mendirikan bangunan/pecah sempadan dan ubah syarat dalam tempoh 108 hari.
- Keputusan permohonan Sijil Kelayakan Duduk dalam tempoh 2 minggu.
- Keputusan permohonan lesen premis perniagaan dan perusahaan dalam tempoh 4 minggu.
- Pembayaran cukai taksiran, caruman membantu kadar dan tempat letak kereta dalam tempoh 5 minit.
- Keputusan permohonan penyewaan peralatan Majlis Daerah Tanah Merah dalam tempoh 15 minit.
- Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 5 hari bekerja hingga 30 hari bekerja bergantung kepada skala setiap kes.
- Kami berjanji semua undang-undang yang terpakai di kawasan Majlis akan dikuatkuasakan dengan adil bertujuan memastikan pembangunan terancang, kebersihan dan keindahan dapat dikekalkan dengan sebaik mungkin.
Piagam mengikut bahagian
Bahagian Pentadbiran5 janji
- Kami berjanji akan memberi layanan yang mesra setiap panggilan daripada pelanggan.
- Kami akan melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya.
- Kami akan memberi respons dan maklum balas ke atas surat yang diajukan kepada Majlis dalam tempoh 1 minggu.
- Kami akan memberi perkhidmatan dengan cepat dan tepat ke atas perkhidmatan kakitangan Majlis.
- Kami akan bersabar serta bersedia menerima cadangan dan teguran daripada pelanggan Majlis.
Bahagian Kewangan4 janji
- Bil cukai, lesen dan sewaan yang tidak bermasalah akan diproses dalam masa 5 minit.
- Perkhidmatan yang cepat dan tepat serta layanan mesra yang sopan santun.
- Perancangan kewangan dijalankan dengan teliti dan segala peraturan mengenai pengurusan kewangan dipatuhi.
- Pembayaran kepada pembekal akan diproses dalam masa 4 minggu.
Bahagian Penilaian6 janji
- Kami mengeluarkan bil cukai taksiran selewat-lewatnya pada 31 Januari bagi bayaran setengah tahun pertama dan 31 Julai bagi bayaran setengah tahun kedua setiap tahun.
- Kami menerima bayaran cukai taksiran untuk tempoh satu tahun dalam masa bayaran setengah tahun pertama.
- Semua bayaran bil cukai taksiran yang tidak bermasalah akan diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 5 minit.
- Memberi peluang kepada pemilik harta yang terkilan untuk membuat rayuan dan bantahan.
- Memberi peluang untuk membuat pembayaran tunggakan cukai taksiran.
- Kami akan memberi keputusan rayuan taksiran cukai dalam tempoh 6 minggu.
Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan5 janji
- Membaiki kerosakan kecil jalan dalam kawasan Majlis dalam masa 7 minggu.
- Permohonan mengorek/menebuk jalan dalam kawasan Majlis akan diluluskan dalam masa 2 minggu.
- Membaik pulih kerosakan longkang dalam tempoh 2 minggu.
- Segala aduan kerosakan premis Majlis akan diambil tindakan dalam tempoh seminggu.
- Kelulusan perkhidmatan sewaan jentera/khemah/payung/meja dan kerusi dalam tempoh 1 hari.
Bahagian Pelesenan, Kebersihan dan Keindahan Bandar1 janji
- Memastikan permohonan yang lengkap dan mematuhi syarat pelesenan diproses dan lesen dikeluarkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut kategori jenis lesen.