1 Notis Amaran, 3 Kompaun Dikeluarkan Bagi Kesalahan Tiada Lesen Perniagaan

PANGLIMA BAYU, 21 APRIL 2026 (SELASA) – Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah meneruskan lagi tindakan penguatkuasaan dalam Operasi Penyelarasan Lesen yang dilaksanakan di kawasan Kampung Panglima Bayu hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati masih terdapat peniaga yang tidak mematuhi syarat-syarat lesen. Antara kesalahan utama yang dikesan termasuklah berniaga tanpa lesen dan lesen tamat tempoh. Kesemua kesalahan tersebut telah diambil tindakan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan, Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019.

Pihak Majlis menyeru semua peniaga di daerah Tanah Merah agar sentiasa peka terhadap tanggungjawab untuk segera memohon atau memperbaharui lesen perniagaan masing-masing. Para pemilik premis yang telah menerima notis juga dinasihatkan untuk menjelaskan kompaun sebelum tarikh akhir bagi mengelakkan tindakan pendakwaan.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#lesenperniagaan

Lihat di Facebook