10 Notis Amaran dan 1 Kompaun Dikeluarkan Kepada Peniaga Ingkar

TANAH MERAH, 17 Mei 2026 (Ahad) – Bahagian Pelesenan dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Tanah Merah telah melaksanakan Operasi Task Force 3.0 Penyelarasan Kadar Lesen & Iklan serta Operasi Penjaja di sekitar Kg Batu 11, Simpang Tiga Kemahang 3 dan hadapan Pasar Borong Jalan Ismail Petra.

Hasil pemeriksaan dan pemantauan yang dijalankan, sebanyak tujuh (7) notis amaran di bawah UUK3 Berniaga Tanpa Lesen, tiga (3) notis amaran di bawah UUK 7(1)(c) menjaja di kawasan larangan serta satu (1) tawaran kompaun di bawah UUK 7(1) iaitu Gagal Memperbaharui Lesen Perniagaan telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDTM) 2019 serta Undang-Undang Kecil Penjaja (MDTM) 1991.

Operasi ini dijalankan bagi memastikan semua peniaga mematuhi syarat lesen yang ditetapkan serta tidak menjalankan perniagaan di kawasan larangan tanpa kebenaran pihak majlis.

Majlis Daerah Tanah Merah turut menasihatkan para peniaga agar sentiasa mematuhi peraturan dan memperbaharui lesen perniagaan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook