TANAH MERAH, 20 APRIL 2026 (ISNIN) – Sebanyak 21 premis perniagaan di sekitar daerah ini dikenakan tindakan penguatkuasaan dalam Operasi Penyelarasan Lesen yang dijalankan oleh Majlis Daerah Tanah Merah hari ini.
Operasi berskala besar yang membabitkan kawasan tumpuan awam termasuk Jalan Bukit Bunga–Nibong, Kampung Nibong, Kampung Air Ralek, Kampung Jedok, gerai medan selera Pasar Besar Tanah Merah, Jalan Wan Ahmad serta Kampung Panglima Bayu ini bertujuan memastikan setiap perniagaan beroperasi secara sah.
Hasil pemeriksaan terperinci, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan MDTM telah mengeluarkan:
· 8 Notis Amaran (di bawah UUK 3 – kesalahan am lesen perniagaan)
· 1 Notis Amaran (di bawah UUK 17(1) – berkaitan syarat lesen)
· 3 Kompaun (di bawah UUK 6)
· 2 Kompaun (di bawah UUK 6(1) – berkaitan kegagalan mempamerkan lesen
Pihak Majlis menyeru kepada semua pemilik perniagaan agar segera menyemak status lesen masing-masing dan memastikan syarat-syarat sampingan dipatuhi sepenuhnya. Tindakan lebih tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang masih berdegil bagi mengelakkan implikasi undang-undang yang lebih berat pada masa hadapan.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan