Agihan Beras Percuma dan Solidariti Gaza di Pasar Malam Medan Tijari, Tanah Merah

TANAH MERAH, 25 APRIL 2026 (SABTU) – Puan Nurazumy Najid mewakili Jasmine Food Corporation Sdn Bhd telah hadir bagi meninjau sendiri pelaksanaan khemah agihan yang telah dijalankan sebelum ini dan menariknya hari ini pihak Jasmine Food Corporation Sdn Bhd turut mengadakan agihan beras secara percuma kepada pengunjung sebagai salah satu inisiatif kebajikan, di samping pengisian program sokongan kepada rakyat Gaza.

Program seperti ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan malah mengeratkan hubungan antara masyarakat, pihak penganjur dan juga Majlis Daerah Tanah Merah. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan keceriaan kepada warga Tanah Merah.

#solidaritiGaza
#agihanberaspercuma
#MajlisDaerahTanahMerah
#pasarmalammedantijari

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#solidaritiGaza
#agihanberaspercuma
#MajlisDaerahTanahMerah
#ERAFoodHQ
#pasarmalammedantijari

Lihat di Facebook