Amanat Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 8 Januari 2026 (Khamis) – Program Amanat Tahun Baharu 2026 dan Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kelantan telah berlangsung di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu pada hari ini.

Majlis yang menghimpunkan ribuan penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan negeri ini telah dirasmikan oleh YAB Ustaz Dato' Panglima Perang Menteri Besar Kelantan. Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), YABrs. Tuan Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin bersama Setiausaha MDTM dan beberapa pegawai kanan.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah pencapaian kepada jabatan serta agensi yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025. Pengiktirafan ini menjadi dorongan kepada seluruh penjawat awam untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

Perhimpunan tahun ini juga menyaksikan pelancaran beberapa inisiatif baharu peringkat negeri yang dijangka memberi impak positif terhadap produktiviti penjawat awam serta kesejahteraan penduduk Negeri Kelantan sepanjang tahun 2026.

#AmanatTahunBaharu2026
#PerhimpunanPenjawatAwamNegeriKelantan
#MajlisDaerahTanahMerah

Lihat di Facebook