Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Marilah kita bersama-sama menghayati makna Nuzul Al-Quran – peristiwa agung turunnya kitab suci sebagai petunjuk dan cahaya kehidupan. Al-Quran bukan sekadar bacaan tetapi panduan yang membimbing kita ke arah kebenaran, keadilan dan kesejahteraan.

Semoga dengan memperingati Nuzul Al-Quran, kita terus mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperkukuhkan amalan membaca, memahami dan menghayati isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Marilah kita jadikan Al-Quran sebagai rakan perjalanan hidup, sumber kekuatan rohani dan panduan dalam membina masyarakat yang harmoni serta penuh kasih sayang.

Ikhlas daripada kami,
Majlis Daerah Tanah Merah

Lihat di Facebook