TANAH MERAH, 12 Oktober 2026 (Isnin) – Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah berjaya menganjurkan Program Forum Perdana bertemakan “Membina Masyarakat yang Berakhlak” bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.
Program ini menampilkan dua orang ahli panel berpengalaman, iaitu Prof. Madya Dr. Mohd Azhar bin Abdullah dan Ustaz Mokhtar Yaacob, dengan Ustaz Abdul Muhaimin bin Yahya sebagai moderator.
Turut hadir ialah YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah; YB. Mejar (B) Dato’ Haji Md. Anizam bin Ab. Rahman, ADUN Kemahang; YB. Dato’ Haji Abdul Fattah bin Haji Mahmood, ADUN Bukit Panau;YB. Datuk Mohd Almidi bin Jaafar, ADUN Bukit Bunga; YBrs. Tuan Haji Mohd Nazir bin Yusoff, Ketua Whip Majlis Daerah Tanah Merah; YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha Majlis Daerah Tanah Merah; YBrs. Encik Mohd Darulhisham bin Kamaludin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Belia dan Kebajikan Majlis Daerah Tanah Merah; serta YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Pengerusi Yayasan Mahsari Group.
Perkongsian ilmu dan pengisian kerohanian yang disampaikan memberi penekanan terhadap pembentukan akhlak serta penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.
Program turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah dan persembahan nasyid yang menambahkan lagi kemeriahan suasana.
Semoga penganjuran program ini dapat memberikan manfaat, meningkatkan kesedaran masyarakat serta menyemai nilai-nilai murni dalam usaha membentuk masyarakat yang berakhlak mulia.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat serta para hadirin yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
*Bersama Membina Masyarakat Berakhlak Mulia.*
#MDTM
#MajlisDaerahTanahMerah
#ForumPerdana
#TanahMerahBersihIndahDanCeria