TANAH MERAH, 29 JULAI 2026 (RABU) – Bahagian Kebersihan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan program gotong-royong bersepadu di Taman Kenanga bagi membantu kerja-kerja pembersihan kawasan serta memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan kondusif.
Program ini melibatkan pelbagai aktiviti pembersihan termasuk kutipan sampah, pengangkutan sisa buangan serta pembersihan kawasan-kawasan yang memerlukan perhatian. Inisiatif ini merupakan usaha berterusan MDTM dalam memperkukuhkan kerjasama dengan komuniti setempat bagi mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, indah dan selesa untuk didiami.
Majlis Daerah Tanah Merah merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting dalam memastikan kebersihan kawasan sentiasa terpelihara demi kesejahteraan bersama.
Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
#MDTM #TanahMerahBersihIndahCeria #KelantankuBersih #gotongroyongbersepadu