Majlis Daerah Tanah Merah mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, berumur tidak kurang daripada 18 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada Anak Negeri Kelantan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. JAWATAN YANG DITAWARKAN
☐ Pegawai Penilaian W9 (Kontrak)
☐ Penolong Jurutera JA5 (Tetap)
☐ Personal MySTEP Berkelayakan SPM
2.SYARAT KELAYAKAN MINIMUM
Sila rujuk iklan yang dikembarkan.
3. TATACARA PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan borang rasmi MDTM yang boleh dimuat turun melalui laman Facebook rasmi MDTM atau mengimbas kod QR yang disediakan.
Sertakan salinan dokumen berikut yang telah disahkan:
✅Sijil lahir dan Kad Pengenalan.
✅Sijil-sijil akademik dan keputusan peperiksaan yang berkaitan.
✅Sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
Bagi pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat, permohonan mesti dibuat melalui Ketua Jabatan beserta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan Penyata Perkhidmatan yang terkini.
4. MAKLUMAT PENGHANTARAN
Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
YABRS. YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH TANAH MERAH
17500 TANAH MERAH, KELANTAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 15 FEBRUARI 2026 (AHAD)
Nota Penting:
Hanya calon yang layak selepas proses tapisan akan dipanggil untuk temuduga.
Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.
#JawatanKosongTerkini
#MajlisDaerahTanahMerah