Inovasi MyLicensePBT Majlis Daerah Tanah Merah Tarik Perhatian di Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Kelantan Bilangan 2 Tahun 2026

KOTA BHARU, 27 OKTOBER 2026 (SELASA) – Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di Bilik Gerakan Negeri MABNA MBI dan telah dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pengurusan).

Antara agenda utama mesyuarat adalah sesi pembentangan khas daripada pihak Majlis Daerah Tanah Merah berhubung aplikasi inovasi MyLicensePBT.

Pembentangan ini diadakan bagi mengiktiraf kejayaan inovasi Majlis Daerah Tanah Merah di peringkat kebangsaan. Selain itu, ia bertujuan menilai potensi serta memperluas pemakaian sistem MyLicensePBT ke seluruh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Kelantan. Langkah strategik ini dijangka mampu memodenkan urusan pelesenan sekali gus meningkatkan kecekapan kutipan hasil negeri.

Turut hadir semasa sesi pembentangan tersebut ialah YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, YBrs Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM serta ahli-ahli pasukan SMART TEAM MDTM.

Dato' Wan Roslan Wan Hamat
Kerajaan Negeri Kelantan
Jabatan Digital Negara
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

#MajlisDaerahTanahMerah
#MyLicensePBT

Lihat di Facebook