Jom Kibarkan Jalur Gemilang

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Majlis Daerah Tanah Merah ingin mengajak seluruh warga Tanah Merah untuk bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme di daerah kita yang tercinta.

Marilah kita tunjukkan rasa cinta akan negara dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis perniagaan, pejabat, serta kediaman masing-masing bermula 9 Ogos 2026 sehingga 16 September 2026.

Ayuh, kita kibarkan Jalur Gemilang dengan megah!

#TanahMerah
#JalurGemilang
#SemarakMerdeka
#HariMalaysia2026 #KibarkanJalurGemilang

Lihat di Facebook