Keceriaan Landskap Bandar Tanah Merah

TANAH MERAH, 26 APRIL 2026 (AHAD) - Unit Landskap Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) telah melaksanakan kerja-kerja keceriaan landskap di kawasan bandar Tanah Merah.

Antara kerja yang dijalankan termasuk pembersihan kawasan, pengutipan sampah sarap serta kerja-kerja pemangkasan pokok dan tanaman hiasan bagi memastikan kawasan sentiasa bersih, indah dan ceria.

Usaha ini dilaksanakan secara berterusan bagi mengekalkan imej bandar yang lebih kemas, selesa dan menarik kepada semua pengguna jalan raya serta pengunjung.

Orang ramai turut diseru untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keindahan kawasan persekitaran.

Hilmi Abdullah
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan

Lihat di Facebook