Kejayaan Cemerlang Majlis Daerah Tanah Merah di Majlis Pengiktirafan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2026

KOTA BHARU, 28 OKTOBER 2026 (RABU) – Majlis Daerah Tanah Merah telah melakar kejayaan yang amat membanggakan apabila merangkul pelbagai kejayaan cemerlang dalam Majlis Pengiktirafan Hari Inovasi Sektor Awam Negeri Kelantan Tahun 2026.

Majlis pengiktirafan berprestij ini telah berlangsung di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darulnaim dan telah disempurnakan oleh YBM Tengku Kaya Perkasa Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Kejayaan ini amat bermakna buat semua kakitangan MDTM di bawah kepimpinan YABrs. Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua MDTM, yang turut hadir menerima segala pengiktirafan tersebut dengan diiringi oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM, barisan pegawai kanan, serta ahli-ahli kumpulan inovasi MDTM.

Antara pencapaian MDTM termasuklah:

✅Johan (AIPBT - Kategori Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan): Projek KelResque membawa pulang hadiah bernilai RM4,000.

✅Johan (Aiict IR 4.0 - Inovasi Teknologi Maklumat & Digital): Projek Voltpay meraih gelaran Johan dengan membawa pulang RM4,000.

✅Naib Johan (Aiict): Projek myCukaiPBT diiktiraf di tempat kedua dan memenangi RM3,000.

✅Penarafan 4 Bintang (KIK): Kumpulan KIK melalui projek myLicensePBT berjaya membawa pulang RM2,000.

✅Saguhati (Aipk): Projek Voltpay turut menerima hadiah saguhati bernilai RM500.

✅Saguhati (Aipbt): Projek Kad Pengendali Makanan memenangi RM500.

✅Saguhati (Aiict): Projek Kad Pengendali Makanan sekali lagi merangkul saguhati sebanyak RM500.

Semua hadiah kemenangan telah diterima oleh YABrs Encik Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, Yang Dipertua Majlis Daerah Tanah Merah, dengan diiringi oleh YBrs Tuan Haji Mohd Khairil Hazmie bin Yusof, Setiausaha MDTM bersama pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli kumpulan inovasi MDTM.

Lihat di Facebook