Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Daerah Tanah Merah (KSKMDTM) telah menganjurkan Kejohanan Bola Tampar KSKMDTM 2026 yang telah berlangsung pada 10 Ogos 2026 (Isnin) bertempat di Dewan Terbuka MDTM.
Kejohanan ini disertai oleh empat pasukan yang berentap dalam suasana penuh semangat kesukanan, sekali gus menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim, memupuk kerjasama serta meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan warga kerja MDTM.
Turut hadir Yang Dipertua MDTM dan Setiausaha MDTM bagi menyaksikan kejohanan serta menyampaikan hadiah kepada para peserta yang telah mengambil bahagian.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan serta para pemain atas komitmen dan semangat kesukanan yang ditunjukkan sepanjang kejohanan. 👏🏻🏐
KSKMDTM – Sukan Menyatukan, Ukhuwah Diperkukuhkan!
#KSKMDTM2026 #MDTM #KejohananBolaTampar #SukanDanKebajikan #TanahMerah