Padang Majlis Daerah Tanah Merah, 09 Julai 2026 (Khamis) - Kejohanan Bolasepak 4 Penjuru kini sedang berlangsung di Padang Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) dengan penyertaan empat (4) pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Majlis Daerah Tumpat (MDT), Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM) dan Majlis Daerah Jeli (MDJ).
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan serta memberikan sokongan kepada pasukan yang bertanding. Semoga kejohanan ini menjadi platform dalam mengukuhkan hubungan silaturahim, semangat kesukanan dan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan.
📍 Padang Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM)
🕒 Sedang berlangsung
"Persahabatan • Semangat • Kerjasama"
Sukan Menyatukan Kita.
#MDTM #KejohananBolasepak4Penjuru #SukanMenyatukanKita #SemangatKesukanan #PBTKelantan